TEMUI KAMI DI FB

Nyaris Disembelih Jeneral Musa



31 Mac 2013

LAHAD DATU – Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.
 
Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.
 
"Kononnya kerana laporan sayalah, mereka (pengganas) dijejak dan diserang pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan 2 Mac di Kampung Simunul, Semporna hingga menyebabkan beberapa pengikutnya mati dan ditangkap," katanya.

Menurut Ajmain, ketika itu Jeneral Musa diiringi kira-kira 50 pengikutnya yang mengarahkan dia dan penduduk lain berkumpul di satu tempat.

"Ketika itu kira-kira jam 9 pagi, saya berasa sangat takut," katanya.

Ajmain berkata, selain diacu parang, dia juga ditempeleng beberapa kali oleh Jeneral Musa.

“Saya hanya mampu berdoa, tiba-tiba ada seorang dari mereka menghalang Jeneral Musa dari membunuh saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengganas Kiram turut membuat dua sekatan bagi menghalang penduduk Kampung Tanjung Batu keluar dari kawasan terbabit.

“Kami berjaya melepaskan diri apabila pengganas benarkan kami keluar. Ada juga berjaya keluar apabila pengganas beri wang untuk membeli barang-barang makanan,” katanya.


SUMBER

80 Ribu Orang Akan Dihantar Ke Planet Marikh



Kajian terhadap planet Marikh memang sudah lama, dan didapati di Marikh memang ada kehidupan dengan terjumpa kesan-kesan air. Ini kerana apabila adanya air akan adanya kehidupan. Walaupun sehingga kini masih tiada bukti yang kukuh menyatakan di Marikh wujudnya kehidupan.




Elon Musk pengasas SpaceX mempunyai rancangan besar untuk penduduk bumi. Beliau ingin membuat tanah penempatan di marikh yang terdiri daripada penduduk 80 000 manusia.

Dalam usaha untuk mewujudkan suasana seperti bumi, mesin akan dibawa  untuk membuat baja, oksigen, dan metana daripada air subpermukaan, nitrogen dan karbon dioksida yang ditemui di Marikh. Selain itu juga apabila CO2 terbentuk di atmosfera Marikh hasil daripada perkumuhan 80 000 manusia, mereka boleh menanam tanaman Bumi di tanah Marikh.

Mars' Mount Sharp -- the rover's eventual science destination -- is pictured in photo taken by the Curiosity rover. The image is from a test series used to characterise the 100-millimeter mast camera on NASA's rover.

A cliff, up to 4,000 metres high, located in the eastern part of Echus Chasma, one of the largest water source regions on Mars, is seen in this image taken by the high-resolution stereo camera on board European Space Agency 's Mars Express.

Echus Chasma is the source region of Kasei Valles which extends 3,000 km to the north.

A view of a path of soil discovered by NASA's Mars Exploration Rover Spirit that scientists said on suggests that long ago hot springs may have percolated on the Martian surface, providing an environment quite conducive to life, is seen.

The rover Spirit, exploring the expansive Gusev Crater just south of the Martian equator, detected a patch of light-colored soil that was 90 per cent pure silica, an indicator of the past presence of water, scientists said.


Photograph: Reuters/NASA

SpaceX founder Elon Musk has big plans for the human race. He wants to create a colony on Mars consisting of a population of 80,000 humans. The citizens would be ferried to the planet in a reusable rocket that runs on liquid oxygen and methane. For the initial trip, the rocket would contain less than 10 humans, who would be sharing their space with enough equipment to found a colony ready for the other 79,990.

The colony would be founded in transparent domes, and would be pressurized with CO2 from the Martian atmosphere so colonists could grow Earth crops in Martian soil. In order to develop an atmosphere that would provide the tools for colonists to sustain themselves, the rocket would carry machines that can create fertilizer, oxygen, and methane out of subsurface water, nitrogen, and carbon dioxide found on Mars.

Musk did not disclose the details of the rocket he envisions being able to transport the machinery and colonists to Mars, though left curious folk with a hint. Musk was asked if the rocket would be a SpaceX reusable rocket that is rumored to be in development — the MCT — which is said to either stand for Mars Colony Transport or Mass Cargo Transport. He simply replied, “Maybe.”

Though Musk has yet to reveal details of the craft capable of delivering the payloads of humans and machines, a recent trip SpaceX made to the International Space Station using Dragon cost $91,000 per pound. However, Dragon only carried 1,455 pounds of cargo to the ISS, and the total carrying capacity of the ship is 13,000 pounds, so the more cargo the ship carries, the cheaper the cost per pound. There are currently no disclosed details regarding what kind of carrying capacity the theorized Mars ship would require.

Unfortunately for would-be space explorers, Musk estimated a ticket price of $500,000 per person could conceivably cover the cost of the trip. He feels half a million bucks is an amount of money that people in “advanced countries” could eventually scrounge together. This isn’t actually as crazy as it might initially sound. If you’re giving up life on Earth to help found a colony on Mars, you could probably sell the majority of your possessions — like your house — to help reach that target.

Musk also feels the entire project would end up costing around $36 billion, stating that a colony that costs around 0.25 or 0.5 percent of a nation’s GDP would be seen as acceptable. In 2010, the United States’ GDP was $14.5 trillion, and 0.25 percent of that is the estimated $36 billion. That $36 billion would be reached if all of the projected 80,000 colonists paid Musk’s ticket price of $500,000.

As exciting as Musk’s vision is, there just isn’t enough detail yet to get too hopeful about this endeavor.
SUMBER? SINI 

Budak Pintar Habiskan Kiraan 280,987 x 999,999 Kurang 20 Saat




30 Mar 2013

KURANG 20 saat.

Itulah masa yang diambil genius atau budak pintar matematik dari Malaysia, Adi Putra Abdul Ghani, 12 tahun, untuk mendarab 280,987 (tarikh lahir penulis) dengan 999,999.

"280,986,719,013," tulis Adi atas kertas setelah mendarab angka itu dalam mindanya tanpa menggunakan kalkulator.

Ternyata, jawapannya tepat setelah dibandingkan dengan kiraan kalkulator telefon bimbit wartawan.

Dia kini berada di Singapura atas undangan Jamiyah Singapura untuk mengendalikan bengkel matematik.

Semalam, Adi mengongsi rahsia dan formula mengira dalam satu bengkel bersama penghuni Darul Ma'wa di Guillemard Crescent.

"Jangan pakai kalkulator. Guna otak anda kerana ia lebih berkuasa," ujar Adi dalam bengkel lebih sejam itu, yang turut menyelitkan kata-kata motivasi kepada kanak-kanak - ada yang hampir sebaya atau lebih tua daripadanya.

Esok, Adi akan mengendalikan bengkel I am a Genius and Headstart in Mathematics di auditorium Masjid Sultan bersama guru matematik dari Singapura, Cik Aisah Mohd Osman.

Lebih 500 orang yang sudah mendaftar untuk menyertai bengkel tersebut.

"Saya ingin mengajar kanak-kanak lain agar mereka tidak lihat matematik sebagai satu mata pelajaran yang susah," ujar Adi, yang berasal dari Perak.

Sejak berusia enam tahun, Adi telah menarik perhatian Malaysia dengan kebolehannya menghuraikan masalah matematik yang rumit.

Pada usia sembilan tahun, dia menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikatnya yang menjual barangan makanan kesihatan yang dipasarkan di bawah namanya.

Bosan dengan sekolah dan sistem pendidikan yang dirasakan 'tidak sepadan' dengan kebolehannya, Adi kini dididik di rumah.

"Kami masih cari sistem pendidikan terbaik buatnya. Ada pelbagai saranan yang kami terima mengenai pendidikannya tetapi setakat ini kami hanya lakukan kaedah trial and error (cuba-cuba) sahaja," ujar ibunya, Puan Seri Hana Elias, 38 tahun, yang akur tidak mempunyai kepakaran dalam matematik.

Adi kini seorang jurulatih dan pensyarah yang telah mengendali bengkel matematik kepada ribuan kanak-kanak di Malaysia dan Brunei.

Baru-baru ini, dia menghasilkan buku Seni Matematik Islam mengenai 12 formula matematik yang diciptanya sendiri - hanya sebahagian daripada lebih 200 formula yang telah diciptanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR MINGGU INI

JOM LIKE